Selasa, 13 Mei 2008

STAF GURU

Pn. Hjh Ramnah bt Arbain (DG34)
Guru Besar

Cik Rusita binti Mohamed (DG41)
Guru Penolong Kanan 1

En. Asmadi bin Othman (DG44)
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En. Jamlus bin Hamid (DGA32)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

***************************************

Pn. Suzana binti Ismail (DGA32)
Guru Kelas Tahun 6

Pn. Zailani binti Che Mat (DG41)
Guru Kelas Tahun 5

Pn. Ee Sai Yin (DGA32)
Guru Kelas Tahun 4

En. Mohd Razif bin Razali (DG41)
Guru Kelas Tahun 3

Pn. Suryahana binti Saedan Mokhtar (DGA32)
Guru Kelas Tahun 2

Pn. Siti Hajar bt Ahmad (DG41)
Guru Kelas Tahun 1

Pn. Norizan binti Abd Hamid (DG41)
Guru Prasekolah

Pn. Hjh. Suraini binti Dewa @ Sabtu (DGA32)
Guru Pemulihan

Pn. Roslina bt Ghazali (DG41)
Guru Pemulihan

En. Norazmi bin Mohd Nor (DGA32)
Guru Agama

Pn. Razilla bt Sorbani (DG41)
Guru Media

Pn. Norly bt Aminuddin (DG41)
Guru Data

Pn. Wan Idawati binti Wan Omar (DG41)
Guru Penolong

Cik Sabariah bt Mohd Yusof (DC41)
Guru J-Qaf

Pn. Mardinah bt Mokhtar (DC41)
Guru J-Qaf

STAF SOKONGAN

Pn. Nazareah bt Baharuddin
Pembantu Tadbir

En. Azman bin Rejab
Pembantu Am Rendah

En. Saari bin Kasim
Pembantu Rendah Am

Pn. Kalimah binti Sidi
Pembantu Prasekolah

Sekolah Kebangsaan Cherana Puteh asalnya bertempat di Bilik Bacaan Taboh Naning. Bangunannya diperbuat daripada papan dan beratapkan rumbia. Bangunan ini telah dibina pada tahun 1890. Pada masa itu jumlah muridnya hanya seramai 30 orang sahaja dengan seorang tenaga pengajar.
Pada tahun 1894, sekolah ini kemudiannya dipindahkan di Lot 855 Batu 20 ¾ , Kampung Lanjut yang terletak di Suak Cherana Puteh. Bangunannya pada masa itu beratapkan genting dan dindingnya batu-bata berukuran 40 kaki panjang dan 20kaki lebar. Bangunan ini didirikan atas sebidang tanah yang berkeluasan 1 ekar 2 rood 13 pol.
Bangunan tambahan telah dibina pada tahun 1969. bangunan tambahan ini terdiri daripada 2 buah bilik darjah dan sebuah pejabat. Di samping itu, terdapat juga sebuah kantin, sebuah tandas pam dan sebuah perigi yang diperbuat daripada simen bagi kemudahan para pelajar.
Pada tahun 1986, bangunan ini telah dirobohkan kerana terlalu uzur dan tidak selamat untuk digunakan. Bangunan yang roboh ini digantikan dengan sebuah bangunan tiga tingkat seperti sekarang. Bangunan ini mempunyai 6 bilik darjah, sebuah perpustakaan, sebuah bilik guru, sebuah pejabat, dan 4 buah bilik air/tandas untuk kegunaan pelajar dan guru.
Kini sekolah ini telah mempunyai dua blok bangunan setingkat dan tiga tingkat. Di samping itu, memiliki sebuah bangunan bengkel kemahiran hidup, bangunan makmal komputer dan sebuah kantin.
Mengikut Rancangan Kerajaan Kesembilan, sekolah ini akan memiliki sebuah blok bangunan empat tingkat yang akan dibina mungkin pertengahan tahun 2008. Pembinaaan blok ini akan mengakibatkan bangunan blok satu tingkat, kantin dan bengkel kemahiran hidup terpaksa dirobohkan. Ini semua hanyalah perancangan kerajaan…..

VISI DAN MISI SEKOLAH

VISI

Memberikan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti bagi melahirkan anak didik yang berilmu, berdisiplin, dan berketrampilan berlandaskan falsafah pendidikan kebangsaan.


MISI

SKCP menjadi sekolah cemerlang dan berkesan dalam semua aspek menjelang 2010


LAGU SEKOLAH

Berusaha capai kejayaan
Terus maju hadapan
Mengharumi cabaran
Tingkat Pengetahuan

Berusaha terus berusaha
Mencapai cita-cita
Untuk hidup bhagia
Pekerti mulia

Kami pelajar SKCP
Kan terus berbakti
Kan terus berkorban
Untuk mencapai satu wawasan

PENCAPAIAN SEKOLAH